TANDA BAGI HURUF YANG BERSYADDAH Penandaan huruf bertasydid; Terdapat khilaf ulama pada huruf bertasydid sama ada perlu meletakkan tanda atau tidak. (a) Sebahagian ahli Iraq mengatakan: Meletakkan harakat pada huruf pertama dan bakinya tidak perlu. (b) Jumhur ulama pula mengatakan perlu meletakkan tanda tasydid. Berlaku khilaf dalam cara meletakkan tanda; Pendapat pertama,Mazhab Khalil Bin Ahmad dan pengikutnya: Diambil daripada kepala ( syin - ش ) tanpa titik dan datang daripada perkataan ( شديد ) kerana huruf ( syin - ش ) berada diawal perkataan. Selain itu, tanda (syin) ini diletakkan di atas huruf. Apabila keadannya fathah atau dhommah diletakkan tanda itu pada atas huruf. Akhir sekali, inilah yang diamalkan sehingga sekarang dan di sokong oleh abu daud. Pendapat lain pula mengatakan,tanda fathah dan dhommah diletakkan didepan huruf. Selain itu, tanda kasrah diletakkan di bawah dan bukan diletakkan pada satu tempat. Mengikut pendapat lain, kasrah diletakkan atas huruf dan di bawah tasydid. Tetapi ianya dhoif. Pendapat kedua daripada ahli madinah madinah dan pengikutnya ahli Andalusia mengatakan, penggunaan huruf (dal - د ) yang senget sedikit. Diambil dari perkataan ( شد ) yang bermaksud bersangatan. Ianya dikatakan lebih elok dari huruf ( syin - ش ) kerana ada dua dal dalam tiga huruf dalam satu kalimah, menjadi pilihan kerana majoriti. Diletakkan di atas huruf secara terbalik apabila ia fathah, diletakkan di depan secara menungging apabila dhommah dan di bawah apabila kasrah. Kesimpulannya: I. Meletakkan tasydid tanpa perlu meletakkan baris. II. Meletakkan kedua-duanya. III. Ada baris ada tasydid kalau dihujung sahaja, kalau bukan di hujung letak tasydid sahaja tanpa baris. Ini kerana tanda tasydid dihujung selalu bertukar.
|
Sabtu, 14 Ogos 2021
Bab 4 :- Tanda Bagi Huruf Yang Bersyaddah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
من سورة العصر إلى آخر القرءان الكريم
من سورة العصر إلى آخر القرءان الكريم والعصر دع للثان عكس الحق جوع نفى العراق والدمشقي وهم يراؤن عراق حمصهم يلد مع الوسواس مك شام...
-
[ CARA PENANDAAN ALIF WASOL, ALIF IBTIDA' DAN ALIF NAQOL ] ( ALIF WASOL ) Terbahagi kepada 2 bahagian : 1. Keadaan ( هيئتها ) 2. Tem...
-
(CARA MELETAKKAN TANDA PADA HURUF YANG DI HAZAFKAN) 1- Huruf yang dihazafkan pada tulisan terbahgi kepada dua: i) Huruf yang banyak diha...
-
Surah Al-Waqi’ah البيت : كوف وحمصى أول الميمنة # قد أسقطا كأول المشأمة موضونة للبصر والشامى اردد # للثان والمكى أباريق اعدد ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan